Okay lama tak online. Rindunya hehe hehe hehe. Harini aku nak cerita pasal hari-hari exam ku. Hehe. Exam aku satu minggu empat hari. Eh tak sampai seminggu empat hari pun sebenarnya. Tolak sabtu tolak ahad tolak hari guru 16 Mei tu, kira-kira 8 hari je kitorang exam. So, aku akan cerita pasal apa yang berlaku dalam 8 hari tu. Awak, awak dan awak diharap bersabar dan menghayati apa yang saya taip. Cecece saya awak gitu hehe.
ISNIN 14/4/2012
Subjek: Bahasa Melayu 1. Masa: 1:20 - 2:20
Masa periksa BM1 ni waktu Seni. Waktu Cikgu Nurizan. Cikgu Seni kitorang ni kecik-kecik, slim-slim je. Tapi garang okay. Kite takut tau. Hahaha kay gedik. Tapi aku tak kisah ah, sebab BM kan, bahasa ibunda ku~ Jadi takyah tanya orang lain ah. Lagi satu, aku duduk tepi tingkap. Pastu depan aku Hemalatha, sebelah kiri Zhi Hui, belakang Wu Horng. Nak tanya diorang bahasa ibunda sendiri? Siapa yang tanya diorang tu kan, patut seret muka atas jalan raya ah. Taktu hantuk kepala kat dinding. Siapa setuju cabut bulu hidung sekarang. Eh jangan jangan haha. Pastu pastu ada lima soalan yang aku confuse. A macam betul, D pun macam betul, pilih E je ah. Hehe yang E tu aku tipu. Mana ada E. Pastu aku tinggalkan 5 soalan tu and conteng conteng page belakang yang kosong tu. Nilai murni yang diamalkan oleh murid tersebut adalah memanfaatkan waktu lapang dengan aktiviti berfaedah. Ehhhh?
Subjek: Kemahiran Hidup (Perdagangan)
Masa: 2:35 - 4:05
Masa periksa KH, waktu Cikgu Azizah, waktu Geografi. Cikgu Azizah kita kan, baik, cantik, putih je. Muka dia macam Kak Anis Syafira Zakaria sikit. Tapi kalau dia marah, adui adui. Eh lari tajuk pula. Jujur sejujurnya, KH se.. se.. se.. sen.. su.. su.. susah. Susah sangat. Tapi nasibku baik kerana budak yang selalu dapat nombor satu duduk sebelah aku. Mwehehe. Kitorang tukar tempat. Yang perdagangan duduk sebelah kanan, yang KT duduk sebelah kiri. Zhi Hui dia KT, jadi tempatnya diganti oleh penyelamatku, budak yang selalu dapat nombor satu dalam kelas. Kahkah penyelamatlah sangat kan. KH aku susah sebab keluar banyak soalan Form 1. Dah ah time Form 1 aku ni degil, kat dalam kelas cikgu mengajar, aku potpetpotpet kat belakang. Tapi Alhamdulillah, saya dah insaf. Kini saya telah menjadi pelajar yang baiklah sangat. Kehkeh. Pastu aku mengambil kesempatan dan menyanyakan beberapa soalan yang aku tak reti. Aku tulis 'beberapa' sebab 'beberapa' tu macam tak banyak. Jadi nampak aku ni baik sikit. Sikit ah. Hehe. Aku takut gila dengan KH youknow. Budak Perdagangan adalah budak yang paling senang turun kelas. K takut takutttt.
Subjek: Bahasa Melayu 2.
Masa: 4:45 - 6:45
Bahasa Melayu 2 mengambil masa 2 jam, dan empat waktu. Waktu apa itu semua tak penting. Aku tahu korang pun taknak tahu. BM 2 senang ah. Tapi aku salah buat bahagian karangan bergambar. Aku buat macam ringkasan. Huuuu~ Ksedih. Taknak cite dah. Tapi kan aku ada kewrash baru hikhik. Nanti aku cite.
SELASA 15/5/2012
Subjek: Bahasa Inggeris 1Masa: 1:20 - 2:20
Waktu Moral. Cikgu Azian masuk. Cikgu yang sangat sangat sporting. BI2 susah. Sebab Mr Diren yang buat soalan. Eh tak tak. Sebab banyak perkataan yang aku taktahu. Contoh: prosecute, divine dan banyak lagi. Aku taktahu ah kenapa aku taktahu maksud perkataan tu. Disebabkan tak baca News Straits Time? Mungkin. Tapi aku dah tahu dah maksud perkataan-perkataan tu. Sebab balik dari rumah je, time study, ambil dictionary cari, cari dan cari. And time tu baru terfikir 'ish patutnya aku pilih A tau. Kenapa tak pilih B? Kenapa? Kenapa? Kenapaaaa? Wargh defacbkhczcyeg!' <-Mencarut, maaf.
Subjek: Pendidikan Seni Visual 1
Masa: 2:35 - 3:35
Waktu Cikgu Shazeli, Sains. Cikgu yang sporting jugak. Dia kan, kalau buat lawak selamba je. Kengkadang aku taktahu ah dia tengah buat lawak ke tengah serius. Kalau ah, kalau ah eh, ada kebakaran ke kan, pastu dia suruh kitorang lari, aku taktahu ah aku kena gelak ke lari terus. Haha okay nampak sangat menipu. Lupakan k lupakan. Jujur, aku tak minat seni. Tapi minat melukis. Seni kena tahu banyak benda. Kroma warna ah, warna tertier ah, warna sekunder ah, warna primer ah, burger ah. Eh eh. Hehehe. Tapi senang ah seni kali ni. Walaupun senang kan, aku betul sikit je. Huh. Sekarang aku menaruh harapan kat Pendidikan Seni Visual 2 je ah.
Subjek: Bahasa Inggeris 2
Masa: 5:15 - 6:45
BI2 ni lepas rehat tau. Pastu aku tak rehat sebab risau gila. Paper 1 susah, maknanya paper 2 kena buat betul-betul ah kalau taknak gagal. Jadi aku hafal literature. Tapi tetiba ada budak cakap soalan keluar "Character that you dislike in One is One And All Alone." Aku hafal character yang aku like je. Pastu kitorang (dengan kawan aku), pergi cari Mr Diren tanya dia keluar character yang kita like or dislike. Mr Diren mati-mati taknak bagitau. Kebetulan ada Cikgu Mior yang comelcomel (ehehe) baru turun tangga. Dia pun cikgu BI. Dia tanya ada apa pastu blablabla apa semua. Dia cakap kat Mr Diren 'Bukan soalan keluar character that you dislike ke?' Mr Diren pun gelak pastu cakap 'Kenapa beritahu ish' Haha wekk. And kitorang pun semua lari ke kelas baca character yang kita dislike tanpa cakap terima kasih kat Cikgu Mior. Ish ish ish perangai. Okay saya Nur Afifah ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Cikgu Mior kerana menolong kami. Sayang cikgu. Hahahahahaha. Tapi Alhamdulilah soalan senang. Yang summary je aku pening sikit.
# Pastu kan, malam tu ada orang text aku,
Agak agak korang, siapa orang tu? Hahahaha selamat meneka."Nur Afifah binti Mohd Alwi, anda ditahan kerana anda meniru masa pkse BI"
RABU 16/5/2012
Subjek: -
Masa: 7:30 - 1:00
Hari guru. Takde periksa. Tapi kena datang awal. Wajib datang pulak tu. Tapi kan, walaupun diwajibkan datang, kelas aku dua orang je yang datang. Aku dengan Aidil. Ehhhhh? Okay confirm ada yang taktahu kenapa aku 'ehhh' kan? Hehe ada ah sebabnya. Pastu kan aku rasa menyesal datang masa hari guru tu. Sangat membosankan. Pastu asyik asyik ada orang gaduh. Gaduh dengan pakwe ah, gaduh sebab terlanggar bahu ah. Ish ish ish. Yang tak tahan yang gaduh dengan pakwe tu ah. Baru couple dah gaduh. Dah kahwin nanti cane ah kan. Eh eh. Feel free to terasa okay. Takde kena caj prabayar pun. Hahahaha. Yang gaduh pasal terlanggar bahu pun sama. Annoying enough. Aku ada di tempat kejadian semasa pergaduhan tersebut berlaku. Hehe. Macam ni. Budak pagi (yang lelaki) kan kalau merayap ke apa mesti ada geng, pastu ramai-ramai. Yang macam rombongan pergi meminang tu ah. Pastu yang india pun sama. Dua dua punya geng sama ramai. Sekali pandang macam itik pulak. Sorang jalan kat depan yang lain ikut je dari belakang. Haha. Pastu tepi kolam ada satu lorong yang kalau pergi ke kiri pergi wakaf atau padang atau kelas form 4. Kalau ke kanan pergi kantin. Yang melayu nak pergi wakaf, yang india nak pergi kantin. Jadi bertembunglah dua kaum ni. Pastu ada seorang budak melayu ni terlanggar 'taiko' india tu. Aku rasa dia 'taiko' sebab dia besar. Aku pun takut lalu sebelah dia. Pastu yang 'taiko' ni pun cakap 'lu pehal?' Yang melayu tu taknak kalah, taknak minta maaf. Konon tak macho ah minta maaf kan, pastu terus cakap 'pehal?' Pastu budak melayu lain pun back-up. Blablabla. Pastu ada siapa tah yang cakap 'settle baik ah macha' <-lebih kurang macam tu ah ayat dia. Then, diorang settle baik dengan cara catu kepala. Aku first time okay dengar perkataan catu kepala tu. Pastu pun catu kepala. Yang wakil melayu kan, kecik je, lebih rendah daripada aku. Yang india punya, taiko dia yang wakilkan. Huyoo~ Pikir hebat? Tak langsung. Pastu yang melayu kalah. Haha memang patut kalah pun. Lain kali hantar ah wakil yang tak kecik adui nya pun~
Haha okay tu je pasal pergaduhan. Pastu kan kitorang sepatutnya balik pukul 1, tapi aku balik pukul 12. Eh tak balik lagi time tu. Balik rumah pukul 2. Aku dengan Husna meowmeow pergi sekolah rendah. Kitorang kan, emm emm lepak taman permainan kat pra-sekolah tu. Hehe main buai. Best gila. Lama dah tak main buai. Sebenarnya aku teringin nak main jongkang-jongkit kat situ. Tapi tak boleh sebab aku pakai kain. Aku ni kalau bab main benda yang best memang tak ingat dunia. Kang aaa, kangggg aaaaa. Hahaha. Pastu ada orang yang nampak kitorang main buai kan, dia kata kitorang budak sesat. Ek elaaaaaa, tahu ah jealous tak boleh main buai. :p Pastu ada orang tu luahkan perasaan dia kat aku. Hep bukan perasan yang ada kena mengena dengan hati tu. No. Perasaan yang lama dia pendam pasal perangai kawan dia. Dia cerita, aku dengar pastu angguk-angguk pastu hm hmm hmm je. Macam ni:
Eh ada jugak aku cakap cakap menyampuk sikit. Heheh. Pastu pukul 2, lepas mak Husna habis kerja, lepas ayah aku habis kerja, kitorang pun pulang ke rumah dengan hati yang berumput. Eh hati yang berbunga. Hehe.
Okay esok aku update lagi. See you tomorrow! ^^-
